Tarikh : 12 September 2008 (Jumaat)

Tempat : PID Bandar Tenggara

Masa : 2.30 Petang

Bil. AJK : 15 orang



Dari Kanan:

Tuan Hj Mohd Ithnin B. Hj Musni (Pengerusi KUS)

Cik Siti Fatimah Bt Ayob (Penyelia PID)


Dari kanan:

Puan Siti Alwah Bt Youp (Pen Penyelia PID),

Puan Normilah Bt Torau (AJK PID)

Penaung (Pengerusi PID)
Tuan Haji Amir Bin Haji Kasman
Pengerusi KUS
Tuan Haji Mohd Ithnin Bin Haji Musni
Naib Pengerusi KUS
Encik Sulaiman Bin Md Rawi
Setiausaha
Cik Siti Fatimah Binti Ayob
Bendahari
Puan Siti Alwah Binti Youp
Ahlijawatankuasa
Encik Abu Hanifah Bin Razak
Encik Mohd Ariff Wong
Dr.Azhari Bin Mohd Aziz
Encik Rajuan Geoh
Puan Norizan Binti Ibrahim
Encik Rosli Bin Sapun

Kelab Usahawan Sosial (KUS) atau Social Entrepreneurs Club (SE Club) adalah sebuah kelab di bawah kelolaan dan sokongan Pusat Internet Desa (PID). Ia adalah sebuah kelab yang menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan komercial dan sosial.

Objektif KUS adalah untuk :

  • meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka
  • membantu masyarakat memahami konsep keusawanan sosial
  • sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan dengan keusahawanan sosial
  • melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial

Kumpulan sasaran yang dikenalpasti untuk menjadi ahli kelab terdiri daripada:

  • pengguna PID (>16 tahun ke atas)
  • sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan komersial dan usahawan sosial
  • ahli-ahli dari badan sukarela

Melalui KUS, ahli-ahli akan :

  • mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi usahawan komersil atau usahawan sosial yang berjaya melalui pelbagai aktiviti seperti latihan, diskusi, pembangunan dan perlaksanaan rancangan perniagaan, rangkaian bersama dan aktiviti pengumpulan dana
  • menjadi sebahagian dari ahli rangkaian kerjasama kelab usahawan dari 40 PID seluruh Malaysia
  • mendapat diskaun ke atas penggunaan kemudahan serta perkhidmatan PID seperti faks dan percetakan serta keahlian