Kelab Usahawan Sosial (KUS) atau Social Entrepreneurs Club (SE Club) adalah sebuah kelab di bawah kelolaan dan sokongan Pusat Internet Desa (PID). Ia adalah sebuah kelab yang menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan komercial dan sosial.
Objektif KUS adalah untuk :
- meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka
- membantu masyarakat memahami konsep keusawanan sosial
- sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan dengan keusahawanan sosial
- melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial
Kumpulan sasaran yang dikenalpasti untuk menjadi ahli kelab terdiri daripada:
- pengguna PID (>16 tahun ke atas)
- sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan komersial dan usahawan sosial
- ahli-ahli dari badan sukarela
Melalui KUS, ahli-ahli akan :
- mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi usahawan komersil atau usahawan sosial yang berjaya melalui pelbagai aktiviti seperti latihan, diskusi, pembangunan dan perlaksanaan rancangan perniagaan, rangkaian bersama dan aktiviti pengumpulan dana
- menjadi sebahagian dari ahli rangkaian kerjasama kelab usahawan dari 40 PID seluruh Malaysia
- mendapat diskaun ke atas penggunaan kemudahan serta perkhidmatan PID seperti faks dan percetakan serta keahlian
0 comments:
Catat Ulasan