pid bandar tenggara
Program ini mendapat tajaan daripada Pihak KEJORA Bandar Tenggara dengan kerjasama JKKM Bandar Tenggara. Peserta program terdiri daripada 40 orang ahli Kelab Usahawan PID Bandar Tenggara dan 40 orang awam sekitar Johor Bahru
Objektif kursus:
- memberi pendedahan & pengetahuan tentang keusahawanan di kalangan peserta
- menerapkan dan menghaluskan budi pekerti dan perilaku keusahawanan di kalangan peserta.
- Untuk melengkapkan dan memberi peluang penyediaan sikap di kalangan peserta bagi membolehkan bakat usahawan dilahirkan menerusi pengalaman dalam perbincangan atau pembelajaran.
- Untuk membimbing peserta kursus merangka masa depan yang teratur kearah
matlamat kejayaan.
Lawatan ahli Kelab Usahawan Sosial PID Bandar Tenggara
Tarikh : 26 September 2008
Tempat Lawatan : Kilang Doana - Frozen Food, Felda Air Tawar
Kilang Kerepek - Papan Timur
Peserta : Penyelia PID, Penolong Penyelia PID dan 3 orang ahli KUS
Tajuk Kursus :
Kursus Pemprosesan Produk Daging (Bakon, Dendeng, Nuget, Burger, Pepperoni, Kebab, Sosej & Bebola)
Tempat:
MARDI, UPM SERDANG SELANGOR
Tarikh:
03/08/2008-07/08/2008
Anjuran:
INSTITUT PENDIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI)
Penyertaan:
TERHAD-5 orang terawal akan dipilih untuk menyertai kursus
Pendaftaran:
PERCUMA
Penginapan:
PERCUMA - Disediakan oleh JKKKMBT
Kelab Usahawan Sosial (KUS) atau Social Entrepreneurs Club (SE Club) adalah sebuah kelab di bawah kelolaan dan sokongan Pusat Internet Desa (PID). Ia adalah sebuah kelab yang menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan komercial dan sosial.
Objektif KUS adalah untuk :
- meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka
- membantu masyarakat memahami konsep keusawanan sosial
- sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan dengan keusahawanan sosial
- melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial
Kumpulan sasaran yang dikenalpasti untuk menjadi ahli kelab terdiri daripada:
- pengguna PID (>16 tahun ke atas)
- sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan komersial dan usahawan sosial
- ahli-ahli dari badan sukarela
Melalui KUS, ahli-ahli akan :
- mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi usahawan komersil atau usahawan sosial yang berjaya melalui pelbagai aktiviti seperti latihan, diskusi, pembangunan dan perlaksanaan rancangan perniagaan, rangkaian bersama dan aktiviti pengumpulan dana
- menjadi sebahagian dari ahli rangkaian kerjasama kelab usahawan dari 40 PID seluruh Malaysia
- mendapat diskaun ke atas penggunaan kemudahan serta perkhidmatan PID seperti faks dan percetakan serta keahlian